Monday, August 26, 2013

Urus dan Atur

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang

Sebenarnya banyak perkara yang kita boleh selesaikan bilamana kita cuba utuk selesaikan satu persatu. Selalunya kita memang ada kerja yang banyak, sama ada kerja tersebut diundang atau tidak diundang tapi percayalah kita mampu untuk selesaikan dengan sebaik yang mungkin. Kuncinya PERCAYA dan YAKIN kita boleh lakukannya. Yah! saya pernah cuba menghadapi situasi banyak kerja dengan kunci ini, alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk menyelesaikannya. Bila ilmu kurang, kita akan tambah ilmu dalam usaha untuk menyiapkan sesuatu yang sukar.Benarlah kata pepatah arab 'man jadda wa jada, waman zara'a hasoda".Maknanya siapa yang berusaha akan mendapatnya, dan siapa yang menanam ia akan menuai.ALHAMDULILLAH..ungkapan yang sangat menyeluruh!

Ingin saya kongsikan di sini, saya dipertanggungjawabkan untuk meng'update' semula data pelajar sekolah lama yang ramai jumlahnya.Selain itu, pengerusi persatuan semasa di Universiti turut meminta setiap biro untuk membuat laporan masing-masing untuk dibentangkan bila buka sem baru nanti, dan pada masa yang sama saya perlu untuk mengemas rumah, membasuh baju dan berbagai lagi kerja di rumah. Mungkin kerja ini banyak pada pandangan saya kerana masa saya terlalu terhad dan semuanya perlu diselesaikan!Tapi apa yang boleh saya lakukan adalah PERCAYA dan YAKIN diri saya boleh lakukan.Saya susun satu persatu mengikut masa yang dikehendaki,dan yang utama saya utamakan. Kalau saya rasakan masih kurang lagi masa yang ada, saya akan kurangkan masa makan,kurangkan masa tidur dan kurangkan masa di bilik air. Dan yang paling penting, solat mesti tepat pada waktunya:)


Semoga perkongsian ini terus memberi manfaat walaupun hanya secebis ^-^
Wallahua'lam.



Wednesday, August 14, 2013

START NOW!

Assalamualaikum:)
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, inilah permulaan.. tidak terlambat bagi siapa yang memulakan. betulkan niat, mantapkan azam.Buatlah sesuatu kerana menyahut seruan-Nya.' La Ilahaillallah , MuhammadurRasulullah'. Hanya Allah Rabb yang layak disembah,dipuji dan dipuja..Allah..Allahu Ahad! Rasulullah qudwah kita, insan yang banyak berjaya untuk umat ini. Rasul Dakwah dan Rasul tarbiyah. Tanpa baginda,muliakah kita di sisi-Nya?.

Di sini permulaannya, saya cuba sedaya upaya,mungkin di sini juga akan saya jadikan ruangan untuk saya berkongsi bahawa indahnya hidup dalam kehidupan Islam.Saya cuba kongsikan, semoga bermanfaat kepada sesiapa yang membacanya.

ok,setakat ini ini dulu,semoga hari ini lebih baik daripada semalam.
IdoallforAllah!


p/s: Rehlah Tarbawi ke Langkawi bersama mak ayah:)